Bahan-bahan:
Kulit popia segera
300 gm ikan tenggiri – ambil isi ikan sahaja dan dikisar halus
1 sudu kecil serbuk ketumbar
1 sudu kecil jintan kasar
3 sudu kecil santan pekat
1 sudu kecil jus limau
1 helai daun kunyit – dihiris halus
2 sudu kecil tepung jagung
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa

Bahan-bahan A (dikisar halus):
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci halia
1 inci kunyit
1 inci lengkuas
2 tangkai cili merah

Cara menyediakan:
1.Mula-mula, sediakan inti otak-otak.
2.Ambil isi ikan tenggiri dan satukan bersama semua bahan A yang dikisar halus.
3.Kemudian, masukkan serbuk ketumbar, jintan kasar, santan, jus limau, daun kunyit dan tepung jagung.
4.Masukkan juga garam, gula dan serbuk perasa.
5.Gaul sebati dan ketepikan.
6.Akhir sekali, ambil kulit popia.
7.Letakkan sedikit inti otak-otak itu dan gulung kulit popia.
8.Bolehlah goreng popia dan angkat apabila warnanya menjadi kuning keemasan.
9.Hidangkan ketika ia masih panas

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top