(* Resipi oleh Asiah Hashim dari Asiah Food & Beverage, A-27-GB, Jalan Prima Saujana 2/A, Taman Prima Saujana, Kajang, Selangor)


Bahan-bahan untuk kulit:

1 buku roti putih – dicanai nipis

Sedikit putih telur


Bahan-bahan untuk inti:

1 tin sardin (bersaiz besar) – ambil isi ikan sahaja

4 labu bawang besar – dipotong dadu
2 sudu kecil cili kisar
2 sudu kecil minyak
Sedikit jus limau
Sedikit cili api – dihiris nipis
Garam secukup rasa
Serbuk perasa secukup rasa



Cara menyediakan:

1. Untuk bahan inti, panaskan minyak dan tumiskan bawang besar dan cili kisar sehingga naik bau.

2. Selepas itu, masukkan isi ikan sardin dan bahan-bahan lain. Gaul sebati.
3. Ambil sekeping roti dan letakkan inti sardin.
4. Gulung kemas dan gamkan bahagian roti itu dengan putih telur.
5. Akhir sekali, goreng roti tersebut.
6. Setelah kekuningan, roti itu bolehlah diangkat dan dihidangkan.


0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top