Bahan-bahan :
(a) Nasi Lemak
2 cawan beras
1 cawan santan cair
1 cawan susu rendah lemak
Air sekiranya perlu
3 ulas bawang merah - dimayang
1 inci halia - dimayang atau diketuk saja
2 helai daun pandan - dibasuh dan disimpul
1/2 sudu teh garam
Cara-cara :
Basuh beras dan toskan.
Masukkan beras, santan, susu rendah lemak dan bahan-bahan lain di atas ke dalam periuk dan masak nasi seperti biasa.
Setelah masak boleh dihidangkan bersama dengan sambal tumis, ikan bilis goreng, telur rebus dan potongan timun.
(b) Sambal Tumis Sotong
500 gm sotong segar - disiang, dibersihkan dan dicuci
15 tangkai cili kering* ATAU 1 cawan cili kering yang telah dikisar
4 ulas bawang merah*
3 ulas bawang putih*
1 sudu kecil belacan*
1 labu bawang besar - dihiris kasar
1 sudu kecil asam jawa dibancuh dengan 1/3 cawan air
Garam dan gula
Minyak masak
Cara-cara :
Panaskan 1 sudu besar minyak di dalam kuali. Masukkan sotong yang telah disiang. Biar hingga sotong kecut dan keluar airnya. Boleh tunggu hingga airnya sedikit kering. Angkat dan ketepikan.
Kisar bahan-bahan bertanda * di atas. Panaskan minyak masak di dalam kuali. Tumis bahan-bahan kisar hingga kering. Apabila kering, masukkan bawang besar yang dihiris kasar. Biar seketika.
Masukkan air asam jawa, garam dan juga gula sekiranya perlu. Masukkan sotong tadi dan tunggu hingga menggelegak dan sambal sedikit pekat. Tutup api.
(c) Bahan-bahan lain :
Telur rebus
Ikan bilis goreng
Timun yang dihiris
Kangkung celur sekiranya suka
Hidangkan nasi lemak bersama sambal tumis serta bahan-bahan sampingan yang lain.

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top