BAHAN-BAHAN:
5 ekor udang besar
125gm mentega
6 biji telur kuning sahaja
5 tangkai cili kering |dihiris halus
5 helai daun kari
Serbuk perasa secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
1 Panaskan minyak yang banyak dan goreng udang hingga kekuningan. Angkat dan toskan.
2 Panaskan mentega dan minyak dalam kuali kemudian masukkan telur kuning dan kacau perlahan-lahan sehingga telur menjadi bertali.
3 Kemudian masukkan cili kering, daun kari serta serbuk perasa secukupnya.
4 Akhir sekali masukkan udang kacau rata.
5 Angkat dan hidangkan.

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top