Bahan-bahan :
GULA HANGUS
4 sudu besar gula kasar
Masak atas api hingga gula mencair dan biarkan seketika
BAHAGIAN ATAS ( KARAMEL )
1 cawan susu cair FN
70 gm gula castor
1/2 tsp esen vanilla
3 kuning telur
kacau sebati perlahan
* untuk menebal sedikit lagi karamelnya
LAPISAN KEK ( A )
140 gm tepung gandum
70 gm gula castor
3 kuning telur
135 gm / ml air
1 /2 tsp baking powder
50 ml minyak jagung @ minyak masak
Putar kuning telur, air, gula dan minyak hingga kembang
Masukkan tepung yang di campur baking powder.Kacau sebati
MERINGUE ( B )
6 telur putih ( jangan ada walaupun setitik kuning telur ) nanti meringue nya tak menjadi
70 gm gula castor
1 /2 tsp krim of tar tar
Putar hingga adunan menjadi kental dan tak jatuh jika di terbalikkan.
* CAMPURKAN A DAN B DENGAN KAEDAH KAUP BALIK SAHAJA ( adunan kek )
cara membuat
1. Masukkan karamel kedalam loyang berisi gula hangus tadi
2. Masukkan adunan kek yang telah di warnakan dan dan diperise kan ( paste pandan contohnye )( adunan takkan tenggelam dalam karamel )berselang seli dengan cara ( marble )
3.Panas kan oven selama 10 minit
4.Masukkan air panas gelegak kedalam loyang yang lebih besar dan masukkan loyang kek tadi ( bakar kaedah steambake untuk mengelakkan karamelnye hangus )
5. 45 minit pertama bakar gune api bawah sahaja dan 15 minit lagi api atas dan bawah dengan suhu 180 C.
6. Bila kek dah masak biarkan sejuk dan kek akan turun dan mengecut dengan sendirinya dari loyang.
7. Terbalikkan kek perlahan lahan
8. Selepas di terbalikkan akan ade lebihan air gula yang banyak,,lap aje air gula perlahan lahan menggunakan tisu di sekeliling kek dan di atas karamelnya.

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top