Bahan untuk syrup:
150 g blueberry filling
80ml air suam
2 tbsp gula ising ~ optional klu nak manis sikit
sedikit parutan kulit lemon ~ optional
Bahan-bahan lain:
250g cream cheese
125g whipped cream
125g whipping cream
50g gula icing~ sifted
1 peket biskut tiramisu
sedikit buah blueberry segar ~ ni Tun tak letak sbb takde stok.
Cara-cara:
1). Mula2 sediakan syrupnya. Campur kesemua bahan dan kacau sebati. Ketepikan.
2). Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula icing, pukul seketika.
3). Campurkan kedua2 whipped dan whipping cream. Pukul hingga agak pekat dan sebati.
4). Campurkan krim yang dipukul tadi ke dalam adunan cream cheese. Kacau dengan spatula hingga rata.
5). Cara untuk melapis : Mula2 letak sedikit syrup, kemudian susun biskut dan letak cream ke atasnya. Boleh juga susun buah jk ada. Ulang hingga adunan habis dan ikut suka nak berapa banyak layer pun.
6). Sedia dihidangkan
Tips :
* Jika nak lebih terasa masam, boleh celupkan biskut ke dalam jus oren sebelum disusun ke dalam bekas.
* Jika tiada whipped cream, boleh guna whipping cream sahaja..dan mungkin kena tambah sedikit gula icing. Rasa dulu adunan tu yer.
* Boleh juga gantikan cream cheese tu dgn mascapone.
* Sesuai dengan strawberry, kiwi, orange, mango dan sebagainya.

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top