Bahan-bahan:
600 gm nasi yang telah disejukkan
20 gm udang kering – rendam dan toskan airnya
20 kg ikan kering
40 gm bawang merah
3 helai daun mengkudu
3 helai daun kaduk
5 helai daun pegaga
5 helai daun ulam raja
3 helai daun sekentut
1 sudu besar kerisik – ditumbuk halus
½ sudu teh serbuk lada
1 batang serai

Cara menyediakan:
1. Bersihkan daun mengkudu, daun kaduk, daun pegaga, daun ulam raja dan daun sekentut.
2. Hiris daun-daun tersebut seperti menghiris bunga rampai.
3. Kemudian hiris halus serai dan bawang merah.
4. Selepas itu, bakar ikan kering dan sejukkan seketika.
5. Ambil ikan kering bakar dan udang kering. Tumbuk halus bahan-bahan ini.
6. Dalam satu bekas, gaulkan nasi sejuk tadi sehingga tiada yang berketul-ketul.
7. Barulah masukkan hirisan daun-daun tadi berserta hirisan serai dan bawang merah.
8. Masukkan juga ikan kering dan udang kering tumbuk.
9. Tuangkan juga serbuk lada dan kerisik ke dalam nasi.
10. Gaul rata kesemua bahan ini supaya ulam-ulaman tidak melekat.
11. Jika nasi terasa kurang masin, bolehlah tambah garam mengikut cita rasa anda.
12. Bolehlah dihidangkan.


0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top