(Hidangan untuk 10 orang)


Bahan-bahan:
250 gm tepung gandum
500 gm susu UHT
50 gm mentega cair
250 gm krim putar
100 gm gula
6 biji telur
5 biji telur – diambil kuningnya sahaja
Sedikit garam
Sedikit gula aising untuk hiasan
Buah strawberi dan beri biru untuk hiasan



Cara menyediakan:
1. Dalam satu bekas, campurkan tepung gandum, susu UHT, mentega cair, telur kuning dan garam sehingga sebati.
2. Kemudian, goreng adunan tadi secara nipis di dalam kuali leper.
3. Adunan tadi sudah masak dan menjadi crepes.
4. Gulung crepes ini dan susun dalam bekas pembakar.
5. Sementara itu, pukul telur dan gula sehingga menjadi krim.
6. Selepas itu, masukkan krim putar ke dalam adunan krim tadi.
7. Kacau adunan krim tersebut sehingga sebati.
8. Sapu adunan krim tadi di atas crepes yang sudah diatur.
9. Bakar crepes ini dalam ketuhar pembakar.
10. Apabila ia menjadi kuning keemasan, angkat keluar dari ketuhar pembakar.
11. Atur hirisan strawberi dan beri biru di atas crepes.
12. Ayak pula sedikit gula aising di atas crepes.
13. Crepes Samurai ini siap untuk dinikmati.


0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top