Bahan-bahan :
280 ml air
300 g tepung roti ( high protein flour )
200 g tepung gandum ( plain flour )
10 g garam halus - secubit
60 g gula
20 g susu tepung
1/2 camca besar baking powder
3 1/2 camca teh instant yeast
2 biji kuning telur
50 g lemak sayur @ shortening
Bahan Kastard :
1 sudu besar tepung kastard
1 sudu besar gula kastor
2/3 cawan susu segar
15 g butter
2 sudu kecil esen vanila
Cara membuat inti kastard :
Satukan semua bahan untuk kastard kecuali esen vanila dan butter.
Kacau rata dengan whish dan masak atas api perlahan hingga pekat, padamkan api dan tuang esen vanila dan butter, sebatikan dan biarkan sejuk.
Cara membuat donut :
Satukan semua bahan kecuali air dan lemak sayur. Adun hingga rata dan tuang air, gaul hingga menjadi doh lembut.
Masukkan lemak sayur dan terus menguli hingga mendapat doh yang lembut, kenyal dan tidak melekat dimangkuk adunan.
Bulat2kan doh dan masukkan dalam satu bekas dan perap 1 jam @ hingga adunan naik 2 kali ganda.
Kaedah breadmaker : Masukkan bahan2 diatas mengikut urutan kedalam breadmaker, pilih setting doh dan tekan butang on. Tunggu hingga siap.
Keluarkan doh dan uli sekejap, rehatkan 5 minit dan bahagi doh kepada 2 bahagian. Canai 1 bahagian setebal 1/2 cm. Terap dengan gelas dan alihkan kedulang yg ditabur dengan sedikit tepung.
Buat hingga siap dan biarkan selama 1/2 jam @ hingga doh naik.
Goreng donut dalam minyak sederhana panas, jangan goreng terlalu banyak, cukup sekadar 3 - 4 biji sahaja, untuk mengelakkan suhu minyak jatuh mendadak, bila kuning keemasan pada ke dua2 bahagian , boleh angkat dan toskan.
Bila donut dah suam2 sejuk, tebuk hujungnya dengan chopstick untuk buat sedikit ruang dalam donut tu, hati2 yerk jangan sampai tertembus donut tu...
Masukkan kastard dalam piping beg dan picitkan kedalam donut tadi, kemudian barulah disalut dengan gula kastor.

0 comments Blogger 0 Facebook

Post a Comment

ADS

ADS
 
Recipes Book © 2016. All Rights Reserved. Developed By: Ridwan Ahmed
Top